Pages

Sunday, November 2, 2014

TIADA ORANG MAHU

Aku berada di tengah-tengah antara dua teman yang maha sibuk membalas pesanan Whatsapp tak henti-henti. Baru habis reply yang satu ini, buka dan balas pulak yang satu itu. Memang laju!

Lalu aku tegur keduanya,

"Korang mesti banyak skandal kan, whatsapp masuk tak hentihenti, biaselah duadua abang hot UPSI" 

Yang seorang sengih menunjuk gigi.

Yang seorang lagi ,

"Eh mana ada andy. Ni message group jah ni. Takde orang nak pun aku ni. Nak fokus belajar"



Begitulah selayaknya sebagai seorang mahasiswa. Tujuan sebenar ke universiti jangan pernah kita lupa. Fokus dan terus fokus pada niat pertamanya!

Ternyata menjalani hari-hari di universiti bukan cuma tentang pergi pulang kampus. Bukan cuma bersengkang mata menyiapkan kerja kuliah sampai dah halfway nak gila. Ada cabaran yang lebih hebat!

Tentang persahabatan. Tentang kewangan. dan yang paling bermasalah tentang cinta dan percintaan. wuuuuuu.

Biasalah, kita semua manusia yang diciptakan dengan rasa dan perasaan. Tiada seorang pun yang bisa menghalang bila sampai kepada cinta. Hey teman, bilamana kau merasa tiada yang mahu atau suka denganmu jangan risau. Kau jangan lupa bahwa setiap menusia sudah disiapkan jodoh sesuai dengan aturan yang Maha Esa. Lalu kenapa kau gundah?

Sebagai mahasiswa. Please, don't chase people. Untuk apa mengejar penghargaan manusia. Sedangkan kau dan juga dia sama ; manusia. Just do what you need to do. Focus and aim the best for your life. Nah, waktu itu, akan hadir orang yang tepat , pada masa dan tempat yang tepat untukmu.

Allah tidak pernah silap! Kuat! Semoga Allah melorongkan kita ke jalan dan pintu-pintu kejayaan. Ameen. 


No comments:

Post a Comment